Art Related Articles

Pameran Solo Aznan Omar Manusia Dan Gajet

Pameran Solo Aznan Omar Manusia Dan Gajet

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pameran solo Aznan Omar-Manusia dan Gajet merupakan projek penyelidikan dan pameran yang bertujuan untuk mentafsir semula interaksi di antara manusia dengan gajet melalui pengguna teknologi mudah alih menerusi gaya hidup digital. Projek ini dibentuk bagi menghasilkan satu aras kepada perkembangan di dalam meneroka, menilai dan memperkenalkan fenomena gaya hidup digital masyarakat sekarang melalui keunikan pendekatan seni visual.

Projek ini juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan pelukis dalam bidang pengajian Doktor Falsafah Studio Seni Halus. Manusia dan Gajet adalah representasi interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin (gajet) menerusi gaya hidup digital melalui teknologi mudah alih. Penghasilan siri karya seni arca ini merupakan interpretasi semula fenomena masyarakat tentang pengalaman gaya hidup seharian pengguna menerusi elemen interaksi sosial, tingkah laku dan obsesi terhadap alat teknologi mudah alih. Penerokaan idea terhadap aspek gaya hidup digital di dalam siri karya solo ini melibatkan isu amalan masyarakat terhadap teknologi, ikon dan simbol, trend penyebaran dan perkongsian sosial serta budaya berhibur menerusi hiburan mudah alih. Penghasilan berpandukan pada Teori Aktiviti oleh Engeström, Y. (1987), yang digunakan sebagai panduan kontekstual yang menjadi asas kepada penghasilan projek studio.