Activities

MANUSKRIP AL-QURAN TERENGGANU.

MANUSKRIP AL-QURAN TERENGGANU.

Date Start: 2020-11-24
Date End: 2020-11-24
Organizer: Terengganu State Museum
Venue: Online
Website URL: www.facebook.com/MuziumTerengganu
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kami bawakan khas untuk anda dari London, England satu bicara eksklusif bersama Ketua Kurator Southeast Asia British Library iaitu Datuk Dr. Annabel Teh Gallop.
Bual bicara ini bertajuk MANUSKRIP AL-QURAN TERENGGANU.
Datuk Dr. Annabel dilahirkan di Winchester, United Kingdom pada 1961 dan dibesarkan di Brunei Darussalam. Beliau adalah Profesor Adjung di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA pada 2017-2018.
Naskhah atau manuskrip ialah sebuah dokumen yang ditulis dengan tangan, berbanding dengan dokumen yang tercetak atupun yang terhasil dengan kaedah lain. Naskhah terdapat dalam bentuk buku, skrol, atau bentuk kodeks.
Bicara ini adalah perkongsian daripada penyelidikan Datuk Dr Annabel Teh Gallop ke atas ratusan manuskrip al-Quran Alam Melayu dalam koleksi Malaysia, Indonesia dan Eropah.
Beliau turut mendapati bahawa wujudnya gaya iluminasi Pantai Timur yang kemudiannya secara jelas memperincikan dua gaya utama Pantai Timur iaitu ‘Gaya Terengganu’ dan ‘Gaya Patani’.
Dikatakan Mashaf Terengganu antara yang terindah didunia? Benarkah begitu?
Ketahui lebih lanjut dalam Bicara Eksklusif atas talian ini pada 24 November 2020 jam 4 petang di facebook rasmi kami iaitu TERENGGANU STATE MUSEUM.
*4 petang di Malaysia = 8 pagi di London