Art Related Articles

KUMPULAN MANJUNG : MANUSIA DAN ALAMNYA

KUMPULAN MANJUNG : MANUSIA DAN ALAMNYA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Permaknaan ‘School of thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu gerakan. Kumpulan Paris atau School of Paris adalah asalan daripada gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19 melahirkan pelopor-pelopor seni seperti Cezanne, Van Gogh, Picasso. Kemudian Kumpulan New York atau New York School muncul sebagai pusat seni lukis utama pada abad ke-20 hingga kini terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark Rothko.

Gerakan seni Kumpulan Manjung atau Manjung School adalah merujuk kepada pandangan aliran seni lukis yang berasal daripada sebuah kawasan dibahagian pantai barat Malaysia yang mempunyai pengaruh yang dekat dengan pengaruh maritim atau kelautan yang kaya dengan sejarah silamnya sebagai sebuah kerajaan awal. Kumpulan Manjung adalah terdiri daripada bekas-bekas pelajar ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1995 hingga 2002 yang terdiri daripada jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen.


Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Tuesday - Sunday: 10AM - 4PM

No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur

+603-4026-7000
Copyright © 2021 gogallery.my - National Art Gallery, Malaysia. All Rights Reserved.