Art Related Articles

Adik EeHao Pemegang Rekod Buku Malaysia

Adik EeHao Pemegang Rekod Buku Malaysia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Melihat anak kecil berusia 6 tahun menghasilkan karya-karya seni mungkin adalah sesuatu yang biasa buat kita. Namun melihat anak kecil seusia itu telah berjaya membuat pameran solo yang pertama pada usia 3 tahun dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 40,980.00 dan disumbangkan pula kepada Pusat Renal Kuala Lumpur Lions merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan. 

Adik EeHao yang kini berusia 6 tahun melancarkan pameran kedua yang bertujuan mendapatkan dana kebajikan melalui acara lelongan awam juga tersenarai didalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai “Penderma Tertinggi untuk Pameran Lukisan Amal oleh Seorang Kanak-Kanak”. Untuk makluman semua acara lelongan yang bakal diadakan pada 22 Disember 2017 di Melawati Mall ini akan disumbangkan ke Pusat Renal Lions Kuala Lumpur yang merupakan Pusat Dialisis untuk golongan yang kurang bernasib baik. Pameran ‘2 Love’ merupakan kesinambungan dari pameran ‘First Love’ dan kita dapati kesesuaian dan dan penceritaan yang menarik dalam karya beliau yang mementingkan nilai kekeluargaan sesuai dengan usia beliau. Biarpun hanya seorang kanak-kanak apa yang boleh kita lihat disini adalah bagaimana peranan keluarga yang melihat ruang dan peluang serta menyedari bakat yang ada ini dan mengembangkannya sejajar dengan kehendak semasa menjadikan karya beliau mampu dijual dengan nilai yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa sokongan dan peranan keluarga amat penting dalam membantu mengasah potensi yang ada pada beliau dan merealisasikannya dalam bentuk pameran dan jualan. Oleh yang demikian marilah kita melihat pameran ini dari sudut yang positif dimana soal usia dan pendidikan bukanlah satu ukuran tetapi tahap kesedaran mengumpulkan karya anak-anak danmenjelmakan peluang perniagaan itulah yang paling utama. Ayah beliau En. WinSon Loh yang merupakan pemilik PinkGuy Gallery memudahkan lagi urusan pameran memandangkan terdapat jalinan usahasama yang telah terjalin dengan pemain industri seni. Semoga semangat dan kesungguhan adik EeHao ini mampu menjadi pemangkin dan pencetus semangat buat kita semua bahawa tiada yang mustahil didunia ini untuk dilakukan hanyalah dengan usaha mampu membawa perubahan ketara dalam diri kita. Semoga usaha sedikit ini berjaya membantu mereka yang memerlukan dan acara Lelongan Seni adik EeHao ini mendapat kejayaan. Mohd Zuriyadi Sarpin Penolong Kurator Balai Seni Negara


Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Tuesday - Sunday: 10AM - 4PM

No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur

+603-4026-7000
Copyright © 2021 gogallery.my - National Art Gallery, Malaysia. All Rights Reserved.